Thursday, April 11, 2013

Hapus Cabaran Dalam BERDIET !



 


R
amai yang berusaha menurunkan berat badan. Siapa yang tidak mahu badan yang cantik, terutamanya kaum hawa. Bukan senang mahu menurunkan berat badan dengan begitu cepat sekali. Macam-macam dugaan dalam berdiet ni. Jom kita HAPUS CABARAN DALAM BERDIET !!

1) Malas Sarapan Pagi
Kesalahan umum yang dilakukan ketika diet adalah tidak sarapan. Walaupun membisankan, sarapan adalah dapat mengawal diet kamu. Tidak sarapan akan menambah rasa lapar dan pada akhirnya kamu lapar dan akan mengambil makanan yang berlebihan. Jika memulakan jarimu dengan sarapan yang sihat dan berkhasiat, kamu mempunyai simpanan bahan bakar yang cukup sampai waktu makan siang. Oleh kerana itu, makanlah biah-buahan segar, bijirin berserat tinggi, yogurt atau telur saat sarapan.

2) Lapar di Tengah Malam
Bagaimana menahan lapar di tengah malam?? Pastikan kamu tidak melewatkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Melewatkan semua itu akan membuatkan diri rasa lapar di tengah malam. Bila terasa sangat lapar pada waktu itu, minumlah air atau teh yang dicampur madu. Cara ini akan mengenyangkan perut.

3) Membayangkan Makanan
Membayangkan makanan ketika diet adalah normal. Tapi janganlah sampai mendorong kamu untuk melahap banyak makanan yang mengandungi lemak dan kalori. Untuk menahan keinginan makan, ambil serat yang banyak. Serat boleh melancarkan sistem pencernaan dan memberi masa kenyang yang lebih lama.

4) Terbiasa Makan Dengan Cepat
Makan terlalu cepat tidak hanya menggangu pencernaan dan sakit perut, tetapi juga boleh menggangu diet. Hasil menunjukkan bahawa makan terlalu cepat akan meningkatkan kegemukan. Ketika makan dengan cepat, tubuh tidak dapat memberu usyarat kepada otak bahawa makanan yang diambil sudah cukup. Usahakan selalu makan dimeja makan, tidak di depan televisyen. Harus diingatkan bahawa makan dengan perlahan dapat memberi masa pada tubuh untuk menyerap nutrisi.





      ENAKNYA SI YOGURT !!
                     Bekas 170 gram yang berisi yogurt rendah lemak berperisa mempunyai kandungan gula yang sama saja dengan sebatang chocolate bar. Jadi, pilih sahaja yang kosong bagi sesiapa untuk diet.

Wednesday, April 10, 2013

Katakan TIDAK Pada LEWAT !!



W
ah! TIDUR memang MENYERONOKKAN. Betul tak?? Lumrah bagi pelajar-pelajar kerana mereka dan saya juga suka berjaga sehingga lewat malam bagi menyiapkan tugasan. Tambah-tambah dah tahun 3 ni, lagi banyak asignment nak disiapkan.Inilah akibatnya sikap suka bertangguh dalam siapkan assignment.Lepas tu, mula lah malas nak bangun tidur dan kadang-kadang terlajak tidur keesokan pagi tu.Saya suka membaca bab-bab ni, kebetulan saya ada baca dalam majalah REMAJA cara mudah bangun keesokan paginya.  

  Saya Nak Kongsi Dengan Semua ..!!!

1. PerTama - ELAKKAN Makanan Berat Sebelum Tidur  -
Ramai suka makan pada lewat malam sebab sibuk dengan pelbagai aktiviti pada sebelah siangnya. Perkara seperti ini lagi akan membuatkan kita payah tidur awal kerana terlalu kenyang. JANGANLAH kita makan makanan berat sebelah malam ye. Takut terlajak tidur esok pagi.




2. KeDuAnya pulaTIDUR Awal
Sebagai pelajar,peringatan untuk diri saya juga ni, kita perlu mendapat tidur yang secukupnya supaya badan tidak letih. Tidak dinafikan, seharian kuliah akan membuatkan badan kita letih. Pastikan kita tidur sekitar jam 10 atau 11 malam supaya keesokan hari kita tidak mengantuk didalam kuliah.Terutama pada sebelah pagi.Kesian kat pensyarah mengajar didepan, kita tersengguk tidur

.



3. KetiGanya - Guna Jam Loceng
Sediakan jam loceng atau alarm pada telefon bimbit.Semua sekarang telefon canggih, macam-macam lagu ada. Jadikan kedua-dua barang ini peneman setia tidur kita. Jangan lupa kunci jam atau alarm sebelum tidur.Nanti terlajak tidur dan yang paling penting JANGAN tertinggal solat subuh ye.


4. KeemPat  - MINTA Orang Kejutkan
Bagi yang tinggal bersama kawan-kawan atau keluarga memang tiada masalah untuk bangun pagi. Minta tolong mereka kejutkan kita. Jika ada yang memang susah bangun pagi, minta mereka renjiskan air atau urut ibu jari.




SeLaMat MeNcUbA TIp-Tip ini.. InsyaAllah mEnjaDi.