W
|
ah! TIDUR memang MENYERONOKKAN. Betul tak?? Lumrah
bagi pelajar-pelajar kerana mereka dan saya juga suka berjaga sehingga lewat
malam bagi menyiapkan tugasan. Tambah-tambah dah tahun 3 ni, lagi banyak
asignment nak disiapkan.Inilah akibatnya sikap suka bertangguh dalam siapkan
assignment.Lepas tu, mula lah malas nak bangun tidur dan kadang-kadang terlajak
tidur keesokan pagi tu.Saya suka membaca bab-bab ni, kebetulan saya ada baca
dalam majalah REMAJA cara mudah bangun keesokan paginya.
1. PerTama - ELAKKAN Makanan Berat Sebelum Tidur -
Ramai suka makan pada lewat malam
sebab sibuk dengan pelbagai aktiviti pada sebelah siangnya. Perkara seperti ini
lagi akan membuatkan kita payah tidur awal kerana terlalu kenyang. JANGANLAH
kita makan makanan berat sebelah malam ye. Takut terlajak tidur esok pagi.
2.
KeDuAnya pula- TIDUR Awal -
Sebagai pelajar,peringatan untuk diri
saya juga ni, kita perlu mendapat tidur yang secukupnya supaya badan tidak
letih. Tidak dinafikan, seharian kuliah akan membuatkan badan kita letih.
Pastikan kita tidur sekitar jam 10 atau 11 malam supaya keesokan hari kita
tidak mengantuk didalam kuliah.Terutama pada sebelah pagi.Kesian kat pensyarah
mengajar didepan, kita tersengguk tidur
3.
KetiGanya - Guna Jam Loceng
Sediakan jam loceng atau alarm pada
telefon bimbit.Semua sekarang telefon canggih, macam-macam lagu ada. Jadikan
kedua-dua barang ini peneman setia tidur kita. Jangan lupa kunci jam atau alarm
sebelum tidur.Nanti terlajak tidur dan yang paling penting JANGAN tertinggal
solat subuh ye.
4. KeemPat
- MINTA Orang Kejutkan
Bagi yang tinggal bersama kawan-kawan
atau keluarga memang tiada masalah untuk bangun pagi. Minta tolong mereka
kejutkan kita. Jika ada yang memang susah bangun pagi, minta mereka renjiskan
air atau urut ibu jari.
SeLaMat MeNcUbA TIp-Tip ini.. InsyaAllah mEnjaDi.
No comments:
Post a Comment