Friday, May 17, 2013

Ketahui Rumpai Laut ( PMC )



Pure Marine Collagen (PMC)
 

P
ernah dengar tentang rumpai laut?? Macam mana ya rupa rumpai laut ini?? Mesti ramai tertanya-tanya. Banyak khasiatnya kalau kita cuba kajinya. Ayuh ketahui khasiat rumpai laut.
Saya juga baru mengenal dan melihat depan mata rupa rumpai laut. Kesian kan?  Abang saya ke Sabah atas urusan kerja, tetapi tertarik dengan rumpai laut dan dia membelinya untuk dibuat perniagaan. Sekadar mencuba saja. 
Jom saya nak kongsi dengan followers apa yang saya baca dalam suratkhabar berita harian bahagian famili bulan April lepas. Saya nak kamu semua kenal apa itu rumpai laut dan khasiatnya.



    PMC kuning                            PMC purple        


Negeri Sabah adalah negeri pengeluar rumpai laut di Malaysia. Rumpai laut yang dianggap 'ibu kolegen' mentah kini semakin popular dan ramai khususnya wanita mengambilnya untuk dijadikan makanan tambahan bagi menjaga kesihatan serta kecantikan luaran dan dalaman. Rumpai laut ada jenisnya seperti warna kuning dan purple.
"Rumpai laut mengandungi kandungan mineral, asid amino dan beta karotein serta protein yang tinggi bagi membantu mengekalkan kolagen dalam kulit," kata Dr Muta Harah Zakaria, Pensyarah Jabatan Akuakultur Fakulti Pertanian, UPM.
 

Yogurt

KEGUNAAN :
- Boleh dijadikan minuman, makanan
- Dijadikan masker
- Air rendaman kaki
- Boleh dijadikan yogurt
CARA PENYEDIAAN
1. Basuh 100gram  PMC mentah, ramas seperti basuh beras sebanyak 5-6 kali bersama asam keping.
2.  Rendam PMC mentah yang telah dibasuh tadi semalaman.
3.  Ambil PMC yang telah direndam semalam, dan basuh 2-3 kali lagi. Kemudian rendam semula sebanyak 3 malam berturut-turut. ( supaya hilang bau hanyir )
4.  Ambil PMC yang telah direndam, campur 2 liter air bersama daun pandan, kemudian rebus dengan api yang perlahan sehingga PMC hancur dan tidak kelihatan.
5.  Sejukkan dan tapis PMC tadi. Anda akan dapat air dan gumpalan serat PMC.
6.  Simpan kedua-duanya dalam bekas bertutup di dalam peti sejuk.
7.  Sedia untuk digunakan sebagai minuman, masker dan lulur mandi.

                  Air rendaman semalaman tu boleh dipanaskan dan buat rendam kaki.





# Air Rendaman - digunakan untuk merendam kaki

Cara-cara :
1) Ambil air rendaman yang telah di letak dalam besen atau baldi.
2) Rendamkan kaki anda beberapa minit.

CARA MEMBUAT MASKER :
- Cuci muka dengan air suam, dan keringkan muka dengan tuala bersih. Sapu rata hempas PMC dimuka, biarkan lebih kurang 15-20 minit. Selepas itu, cuci muka dengan air suam dengan bersih.
 ( lakukan setiap malam untuk mendapatkan hasil yang memuaskan )



KHASIAT RUMPAI LAUT / PMC
Ø  Memberi tenaga dan menguatkan sistem tubuh
Ø  Menguatkan TULANG & SENDI
Ø  Meningkatkan SEL RAWAN & OTOT
Ø  Merawat penyakit GOUT & JANTUNG
Ø  Mencegah KANSER
Ø  Menurunkan tekanan DARAH TINGGI
Ø  Merawat GASTRIK
Ø  Anti bakteria/kulat
Ø  Merawat ANEMIA
Ø  Menurunkan KOLESTROL dalam badan
Ø  Melicinkan & menegangkan kulit serta payudara (ANTI PENUAAN)
Ø  Memelihara sel-sel kulit mati (JERAWAT)
Ø  Mempercepatkan penyembuhan luka dan menghilangkan rekahan pada TUMIT kaki
Ø  Menstabilkan kandungan gula dalam darah (KENCING MANIS)
Ø  Membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas
Ø  Memberikan kekenyangan (DIET)
Ø  Meningkatkan kadar METABOLISME
Ø  Memulihara usus kecil (SEMBELIT)

No comments:

Post a Comment