Friday, May 17, 2013

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI



" MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. " Itu adalah seruan Nabi Muhammad SAW dalam menjaga kesihatan yang saya baca dalam utusan online bulan April lepas. Saya tak berapa ingat bila tarikh utusan itu. Tapi yang pastinya memang saya ada baca dalam halaman kesihatan utusan online itu yang bertajuk " 4 Langkah Gaya Hidup Sihat "

Nak tau apa 4 langkah gaya hidup sihat?? Ayuh saya kongsikan meluas dengan anda semua. Cegah penyakit tak berjangkit (NCD) dari usia kita masih kecil, tapi tak terlambat lagi nak mencegahnya. Apa penyakit tak berjangkit itu? Seperti diabetes, jantung, kanser dan sebagainya.

Cepat-cepat kita cegah, jangan tunggu sampai dah sakit baru nak menyesal dan mengambil berat pasal kesihatan. Tiada gunanya lagi seperti pepatah " Nasi Sudah Menjadi Bubur. " AYUH MULAKAN KEHIDUPAN SIHAT & HIDUP AKTIF SEKARANG!!!


Langkah 1 - AMALKAN PEMAKANAN SIHAT
Sarapan - Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan.
Makan tengah hari - Jangan sesekali tinggalkan makan tengahari tidak kira sibuk manapun anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif.
Makan Malam - Sentiasa ingat untuk mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga.




Langkah 2 - PILIH MAKANAN DENGAN BIJAK

DO  (lakukan)
- Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng.
- Pilih makanan berasaskan bijirin penuh
- Pilih makanan tinggi serat. Rendah lemak, gula & garam
- Minum banyak air kosong & banyakkan makan buah-buahan
                                                          
AVOID ( elakkan )
- Minuman yang bergas & manis
-  Mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam
- Makanan berminyak




Langkah 3- AKTIF DENGAN BERSENAM
- Bersenam mampu mengurangkan yang bermasalah didalam badan kita. 

Langkah 4 - PANTAU KESIHATAN ANDA
- Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal. 





No comments:

Post a Comment