Saturday, May 18, 2013

Oh My GASTRIK


Saya syukur pada Illahi tak ada gastrik. Kawan-kawan pernah alami tak gastrik? Syukur la yang tak ada gastrik, tapi yang ada gastrik tu jangan putus asa nak mengubatinya. Belum terlambat lagi. Jangan merasa tertekan sangat. Saya tau kawan-kawan saya boleh dan banyak bersabar kan?? Alhamdulillah... 

Terlupa pula saya kali ini nak bercerita dan berkongsi dengan semua tentang gastrik. Memandangkan kawan saya ada yang gastrik, Ayuh saya kongsikan untuk semua apa yang saya selalu baca di majalah-majalah dan suratkhabar kesihatan. Jangan ambil mudah yer gastrik ni.


 
Sakit diperut
Apa itu gastrik?? Bahagian mana ia berlaku?? Ada yang xberapa kenal dengan penyakit gastrik??
Tak mengapa. Saya akan kongsikan dan menjawab persoalan kawan-kawan.

Melewatkan waktu makan sama ada disengajakan atau tidak, adalah salah satu sebab berlakunya gangguan perut. Perut akan terasa memulas dan kembung yang mana umum mengenali keadaan ini sebagai gastrik. 


- Kebiasaannya penyakit gastrik sering berlaku dikalangan pelajar atau individu yang kerap kali melalaikan pengambilan makanan pada waktu yang ditetapkan terutamanya sarapan. Jika pelajar, mereka sering mengabaikan bersarapan kerana bagi mereka bersarapan adalah perkara yang kecil. Sebagai pelajar, alasan mereka tidak bersarapan adalah kerana kesuntukan masa ke kelas. Betul x?? Pernah fikir macam ni??
                                                                                                                       

Hilang Selera Makan
- Pesakit gastrik ringan atau dispepsia biasanya mengalami gejala seperti sakit perut selalunya pada bahagian atas perut atau abdomen, perut menjadi kembung, mual dan muntah, mudah kenyang serta sendawa berlebihan. Disamping itu juga, tanda-tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut seperti kemungkinan diri hilang selera makan dan menyebabkan berat badan menurun pada peringkat teruk. Pernah alami macam ni?? Cepat-cepat lah jumpa doktor. JANGAN bertangguh !!

Bahaya !!
- Secara umumnya, faktor jangkitan gastrik adalah disebabkan oleh bakteria, virus, kulat dan protozoa. Gastrik bukan jangkitan pula berlaku akibat wujudnya elemen asing yang masuk ke dalam tubuh melalui makanan atau minuman lalu menyebabkan radang perut. Tanpa pemeriksaan dan rawatan yang betul, gastrik boleh melarat menjadi kanser perut dan akhirnya mengakibatkan kematian. Muntah darah adalah 1 kesan gastrik peringkat teruk.



Cegah gastrik dengan : 

- Kerap bersenam & hindari stres
- Banyakkan minum air kosong
- TIDAK merokok, tidak minum alkohol
- Makan makanan yang brkhasiat & berserat
- Elakkan minum kopi dan teh yang terlalu pekat
- KURANGAKAN makanan yang terlalu pedas, masam & coklat
- JANGAN ketinggalan makan 4-5 kali sehari dalam hidangan  kecil namun cukup kandungan kalorinya untuk sehari


No comments:

Post a Comment